Nama Pengguna

Kata Laluan

  • BUKU
    BAHARU

  • TANYA
    PUSTAKAWAN

    Tanya mengenai item perpustakaan, prosedur peminjaman, dan perkara yang berkaitan.

    Tanya Sekarang!
  • Perpustakaan Bandar Seri Begawan

    dbpbandar

    Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei telah ditubuhkan sementara dibawah Jabatan Pelajaran pada tahun 1963. Pada 29 September 1965 iaitu mengambil sempena Perlembagaan Negeri Brunei 1959, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Maulana Al-Sultan Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddin Sa’adul Khairi Waddien telah menyempurnakaan perletakan batu asas bagi bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

     

    Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei di Jalan Elizabeth II mula di buka rasmi pada 29 September 1968 oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Duli Pengiran Pemancha Sahibul Rae’ Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd Alam. Walaubagaimanapun Bahagian Perpustakaan hanya memulakan perkhidmatan kepada orang ramai pada 21 November 1968 dan bahan perpustakaan hanya boleh digunakan sebagai rujukan sahaja.

     

    Pada 1 September 1971 Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memulakan perkhidmatan peminjaman kepada pengguna. Beberapa perkhidmatan lain mula diperkenalkan seperti Perkhidmatan Peminjaman, Perpustakaan Rujukan dan Perpustakaan Bergerak. Mulai dari tarikh ini, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei memainkan peranan utama sebagai sebuah perpustakaan awam yang pertama di negara ini.

    Hubungi Kami

    Ahad - Khamis : 08:00 - 18:00

    Jumaat : 08:00 - 11:30 dan 14:15 - 18:00

    Sabtu : 09:00 - 18:00

    Ditutup pada hari kelepasan awam

    (673) 2235501

    Jalan Elizabeth II,
    Bandar Seri Begawan, BS 8711

    Fax: (673) 2224763

    geplant haben