Nama Pengguna

Kata Laluan

Peraturan Perpustakaan

  • Pengguna tidak dibenarkan membawa masuk sebarang benda yang boleh mengganggu perkhidmatan perpustakaan atau pengguna lain.
  • Pihak perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan , kerosakan, barang-barang persendirian yang ditinggalkan di luar dan di dalam perpustakaan.
  • Merosakkan atau memusnahkan sebarang harta benda perpustakaan adalah menjadi suatu kesalahan.
  • Amalan bersenyap hendaklah dipatuhi.
  • Pengguna tidak dibenarkan tidur atau baring di atas kerusi, meja atau lantai perpustakaan.
  • Pengguna tidak dibenarkan makan, minum, merokok, menyalakan api atau berludah di perpustakaan.
  • Pengguna hendaklah berpakaian kemas dan bersih.
  • Pengguna tidak dibenarkan berjual beli di dalam atau di perkarangan perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan mempunyai kuasa melarang dan meminta pengguna yang menimbulkan gangguan serius untuk meninggalkan perpustakaan.
  • Koleksi Rujukan dan Maklumat dan Bruneiana adalah untuk bahan rujukan sahaja.
  • Keselamatan bahan adalah tanggunjawab pengguna sehingga bahan tersebut dikembalikan.

POLISI PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN PERPUSTAKAAN

  1. Jika pengguna hendak meminjam bahan/buku koleksi perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai AHLI PERPUSTAKAAN.
  2. Pengguna yang berminat boleh mendapatkan borang keahlian perpustakaan daripada Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Borang hendaklah diisi dengan lengkap.
  3. Bagi pemohon  yang bukan warganegara Brunei, borang permohonan hendaklah disertakan bersama  SALINAN  Kad Pintar (Kad Pengenalan)/Surat Beranak Pemohon dan  SALINAN  Kad Pintar Penjamin.
  4. Bagi pemohon warganegara Brunei, permohonan hendaklah disertakan bersama SALINAN Kad Pintar (I/C)/Surat Beranak pemohon sahaja.
  5. Setiap pemohon dengan sendirinya menjadi AHLI PERPUSTAKAAN. Setiap ahli akan diberi 1 ID KAD untuk dijadikan paspot peminjaman dan pemulangan.
  6. KAD ID hendaklah dibawa semasa meminjam dan memulangkan bahan perpustakaan.
  7. Hanya pemegang KAD ID yang dibenarkan membuat peminjaman. Tidak dibenarkan menggunakan  KAD ID orang lain.
  8. Ibu bapa yang hendak membuat peminjaman untuk kanak-kanak hendaklah membawa bersama ID KAD kanak-kanak tersebut.
  9. Ahli Kanak-kanak hanya dibenarkan meminjam BUKU KANAK-KANAK dengan menggunakan ID KAD Kanak-kanak tersebut.
  10. Ahli Muda-mudi dan Dewasa dibenarkan meminjam BUKU MUDA-MUDI dan DEWASA tetapi tidak dibenarkan meminjam buku kanak-kanak.
  11. Setiap ahli dibenarkan meminjam sebanyak 5 buah buku sahaja pada satu-satu masa.
  12. Jika ahli sudah meminjam sebanyak 5 buah di Perpustakaan Pusat (BSB), keberanan tidak akan diberikan untuknya meminjam sebarang buku di cawangan-cawangan perpustakaan yang lain, kecuali buku yang dipinjamnya dikembalikan  terlebih dahulu.
  13. Tempoh peminjaman buku ialah 2 minggu. Jika gagal mengembalikan buku tersebut, peringatan akan diberikan.
  14. Peminjaman buku kanak-kanak, muda-mudi dan dewasa hanya diberikan selama 2 minggu. Jika gagal mengembalikan buku tersebut akan diberi peringatan.
  15. Pengguna yang membuat tempahan (booking) buku perpustakaan, hendaklah menebusnya (mengambilnya) tidak lewat 2 minggu dari tarikh tempahan. Jika gagal, buku yang ditempah akan dibatalkan. Jika ingin membatalkan tempahan, pengguna hendaklah memaklumkan segera sama ada melalui telefon atau berjumpa terus di kaunter.
  16. Pengguna/Ahli Perpustakaan hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
  17. Pengguna / Ahli Perpustakaan hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan.
  18. Jika ada pengguna/Ahli yang mencurigakan pihak perpustakaan berhak mengeluarkan pengguna/ahli tersebut dari perpustakaan ini.