Nama Pengguna

Kata Laluan

PERKHIDMATAN ISBN

Apa itu ISBN( International Standard Book Number)

International Standard Book Number (ISBN) atau Nombor Buku Piawaian Antarabangsa ialah nombor 10 angka bagi pengenalan buku yang diterbitkan di peringkat antarabangsa dan membolehkan para penerbit, pembekal buku dan perpustakaan di merata dunia menjejak dan membuat pesanan bagi sesebuah buku dengan mudah. Mulai 1 Januari 2007, ISBN bertukar daripada 10 angka kepada 13 angka. Semua sektor     perniagaan buku dan perpustakaan akan terjejas dengan pertukaran ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Kebangsaan ISBN, Unit Pembangunan Koleksi, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam.


Apakah faedah menggunakan ISBN?

  • ISBN merupakan set kod nombor yang diperuntukkan bagi tujuan pengenalan sebarang judul atau edisi buku yang diterbitkan oleh Penerbit   tertentu.
  • Ia merupakan sistem pengedaran perniagaan menjadi lebih cekap dan berkesan dengan menyediakan cara perhubungan yang berguna dan cermat antara penerbit dan pembekal.
  • Ia sesuai untuk digunakan sebagai nombor penjagaan bagi kawalan inventori, akaun dan pendaftaran masuk dan tuntutan.
  • Ia menyediakan publisiti bagi penerbit melalui penyenaraian di dalam Direktori Penerbit Antarabangsa ISBN yang disusun oleh Agensi Antarabangsa di Eropah setiap tahun.

Apakah format ISBN?

Di bawah sistem yang ada sekarang, 10 angka dibahagi kepada empat bahagian oleh ruang kosong atau tanda sempang.  Sila lihat contoh berikut:

ISBN 99917-0-516-3

“99917” ialah kumpulan untuk mengenal negara, kawasan atau bahasa para penerbit.

“0” ialah nombor awalan yang mengenai penerbit atau percetakan.

“516” ialah nombor judul yang mengenali sesuatu judul, kulit jilid atau edisi sesuatu judul.

“3” ialah angka pengesahan yang mengesahkan secara matematik nombor yang lain.

Apabila sistem bertukar pada 1 Januari 2007 kepada 13 angka, sistem 10 angka yang ada sekarang akan ditukar dengan mengimbuhkan ia dengan tiga angka yang mewakili perusahaan buku dan angka pengesahan akan dihitung semula.


Apakah jenis bahan cetakan yang boleh diberikan ISBN?

  • Untuk buku bercetak, risalah yang mempunyai sekurang-kurangnya lima belas halaman, penerbitan mikrofis, pembacaan buku dalam kaset, buku elektronik, alat pelbagai media yang mempunyai bahan cetakan, penerbitan elektronik seperti pita yang direka untuk menghasilkan percetakan yang dapat dibaca. CD-ROM, media yang seumpamanya termasuk filem/video pengajaran dan perisian komputer.
  • Edisi baru judul penerbitan tetapi bukan percetakan semula buku yang sama tanpa sebarang perubahan.
  • Setiap edisi buku yang dikeluarkan semula jika ia mempunyai format yang berlainan ( contoh mikrofilem, cetakan huruf besar), atau berlainan kulit jilid (kulit lembut atau kulit tebal), atau taipset ,judul,pengarang atau penerbit telah bertukar, atau terdapat sebarang pertukaran pada saiz, teks atau ilustrasi.
  • Untuk setiap buku dalam satu set buku, ISBN juga diperlukan bagi set buku itu. ISBN bagi setiap buku dan set buku harus dicetak pada setiap buku.
  • Untuk setiap bahan yang tidak diberikan ISBN apabila ia pertama kali diterbitkan dan kini ingin dicetak sekali lagi.
  • Untuk setiap buku yang diterbitkan bersama, kecuali bukunya boleh didapati daripada kedua-dua penerbit, ia harus mempunyai ISBN bagi setiap penerbitnya.

Cetakan faksimile yang dihasilkan oleh penerbit yang lain.

Sumber elektronik monograf yang kekal dan mempunyai nilai komersial.


Siapakah yang boleh memohon kemudahan ISBN?

Penerbit, persatuan, institusi, individu dan sebagainya yang mempunyai alamat dan beroperasi di Negara Brunei Darussalam boleh mendapatkan ISBN daripada  Pusat kebangsaan ISBN, Perpustakaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.


Bagaimana membuat permohonan bagi ISBN?

Penerbit yang memenuhi syarat boleh membuat permohonan bagi mendapatkan ISBN dengan melengkapkan borang permohonan dengan disertakan salinan:

  • Halaman Judul
  • Pengenalan
  • Halaman Isi Kandungan

Borang boleh didapati di:

Pusat Kebangsaan ISBN,
Unit Pembangunan Koleksi,
Tingkat 4, Bahagian Perpustakaan,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Elizabeth II
Bandar Seri Begawan,BS 8711
Negara Brunei Darussalam.

atau

Tekan butang Muat Turun di bawah ini:


Borang Permohonan ISBN MUAT TURUN

Permohonan bolehkan dikembalikan melalui emel, faks, pos atau datang terus ke Pusat ISBN.


Adakah perlu untuk mencetak ISBN bagi setiap terbitan buku?

Ya, ISBN  harus dicetak di belakang halaman judul dan di bahagian bawah kulit buku atau jaket buku.  Bagi penerbitan elektronik atau buku audio, ISBN harus dicetak pada label sarungnya seperti kaset, disket, atau CD-ROM, ISBN juga perlu ditayangkan pada tayangan pertama CD-ROM, dan di judul utama filem dan video.  ISBN perlu dicetak seperti apa yang dikeluarkan oleh agensi ISBN untuk memastikan pengesahannya.


Berapakah tempoh proses permohonan ISBN?

Mengikut Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) yang ditetapkan oleh Jabatan ini, permohonan ISBN diproses dalam masa TIGA HARI WAKTU BEKERJA bermula dari tarikh permohonan diterima. 


Berapakah bayaran bagi permohonan ISBN?

Pembekalan ISBN kepada penerbit di Negara Brunei Darussalam adalah PERCUMA tetapi setiap judul yang dipohonkan ISBN perlulah diserahkan kepada Pusat Kebangsaan ISBN sebanyak dua naskhah sebaik saja diterbitkan.


Waktu Perkhidmatan

Isnin-Khamis & Sabtu           : 0800 – 1200

: 1400 – 1600

Jumaat, Ahad & Cuti Awam : Tutup


Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi:

Talian: +673 2235501 Samb. 402

atau

Emel: isbn@dbp.gov.bn / isbn.brunei@hotmail.com