Nama Pengguna

Kata Laluan

PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA


Perkhidmatan Peminjaman

Ahli perpustakaan yang berdaftar boleh meminjam sebanyak 5 buah buku disemua cawangan perpustakaan seluruh negara.


Kembali ke atas

Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan pelbagai jenis bahan rujukan seperti kamus, laporan tahunan, ensiklopedia, jurnal, keratan akhbar dan sebagainya.


Kembali ke atas

Perkhidmatan Bruneiana

Perkhidmatan Bruneiana menyediakan bahan yang diterbitkan mengenai Negara Brunei Darussalam dan bahan yang dihasilkan oleh orang Brunei tanpa mengira bahasa dan di mana ianya diterbitkan.


Kembali ke atas

Perkhidmatan ISBN

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei merupakan Pusat Kebangsaan ISBN bagi  Negara Brunei Darussalam.  Pembekalan penumburan ISBN kepada penerbit Warganegara Brunei Darussalam adalah percuma.


Kembali ke atas

Perkhidmatan Sumber Media

Perkhidmatan ini disediakan bagi pengguna yang ingin mendaptkan maklumat melalui penggunaan peralatan media seperti video, audio dan mikrofilem.

 


Kembali ke atas

Sistem Peminjaman Kelompok

Perkhidmatan ini khusus untuk agensi yang ingin meminjam buku tidak lebih dari 100 buah dalam satu masa.


Kembali ke atas

Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak

Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai 4 buah bas bergerak yang memberi perkhidmatan ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

Pusat Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak adalah seperti berikut:

  • Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Sengkurong.
  • Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Seria dan
  • Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Temburong.

Kembali ke atas

Sistem Peminjaman Keluarga

Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan terbaharu dalam usaha untuk meningkatkan tabiat suka dan gemar membaca di kalangan masyarakat sebagai perisian kepada acara-acara keraian keluarga seperti majlis perkahwinan, majlis mengantar berian, majlis hari jadi dan seumpamanya.


Kembali ke atas

Sudut bacaan

Perkhidmatan ini telah dilancarkan di beberapa rumah panjang di seluruh negara. Ianya bertujuan untuk:

  • Memasyarakatkan budaya membaca di kalangan masyarakat Brunei
  • Membudayakan masayarakat mesra perpustakaan
  • Melestarikan pembelajaran sepanjang hayat.
  • Kearah melahirkan masyarakat Brunei yang berilmu, bermaklumat dan berpengetahuan.