Perkhidmatan Rujukan

Rujukan Umum adalah salah satu unit yang terbesar dari Cawangan Rujukan, Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dengan mengumpulkan bahan buku, majalah dan akhbar bagi semua bidang perkara yang bersesuaian untuk masyarakat masakini.

perkhidmatanrujukan


TUJUAN

  • Untuk membantu pengguna yang ingin mendapatkan ilmu pengetahuan dengan cara mudah dan cepat serta pencarian maklumat secara mendalam iaitu melalui bibliografi, indeks, ensiklopedia, komputer dan lain-lain.

 


KOLEKSI

Koleksi meliputi semua bahan buku rujukan seperti:

  • Ensiklopedia, kamus, atlas, indeks, bibliografi, buku-buku panduan, prospektus, laporan tahunan, majalah surat khabar, abstrak dan lain-lain. Keratan akhbar mengenai subjek tertentu juga disediakan.
  • Semua bahan tidak boleh dibawa keluar dari bilik Rujukan Umum.

 


KOLEKSI KHAS

  • Koleksi Buku-Buku Sains Perpustakaan

Koleksi ini amat berguna bagi pustakawan-pustakawan dan orang-orang yang meminati kerjaya dalam bidang kepustakawanan. Buku-buku ini ditanda ’O’.

  • Koleksi Maklumat Perubatan dan Kesihatan

Koleksi ini menyediakan bahan-bahan buku dan keratan akhbar mengenai perubatan dan kesihatan. Ia bertujuan membantu pengguna bagi mendapatkan maklumat tertentu mengenai penyakit dan usaha-usaha untuk mengatasinya. Buku-buku yang tidak bertanda ’R’ boleh dipinjamkan kepada ahli berdaftar sahaja.

  • Koleksi Keratan Akhbar

Koleksi ini memuatkan artikel terpilih mengenai luar negeri seperti pertubuhan, kesihatan, hal-ehwal semasa, adat istiadat bangsa dan kebudayaan, kekeluargaan dan pendidikan dan lain-lain. Bahan ini disusun mengikut abjad tajuk perkara dan disimpan di dalam fail atau ’magazine file’. Rujukan bahan melalui komputer boleh dilakukan melalui petugas di kaunter Rujukan Umum.


KOLEKSI TERBITAN BERKALA

Koleksi ini mengandungi majalah dan surat khabar keluaran terkini dan kebelakangan yang boleh dirujuk dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pegawai bertugas.


PENGGUNA

Pengguna yang dibenarkan menggunakan Perkhdimatan Rujukan Umum adalah orang awam yang berumur 12 tahun ke atas.


PERKHIDMATAN

  • Rujukan Umum menyediakan tempat merujuk yang selesa, memberi khidmat rujukan kepada pengguna dan menyediakan perkhidmatan salinan fotostat dengan harga yang berpatutan.
  • Sila berjumpa dengan pegawai yang bertugas untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pihak Rujukan Umum sentiasa bersedia memberikan bantuan apabila dikehendaki.

 


PERATURAN MERUJUK

  • Pengguna hendaklah memahami tatatertib perpustakaan.
  • Setiap bahan tidak boleh dibawa keluar dari bilik Rujukan Umum.
  • Keselamatan bahan adalah atas tanggungjawab pengguna-pengguna sehingga bahan-bahan itu selesai digunakan.
  • Kakitangan perpustakaan berhak menegur dan mengambil tindakan terhadap pengguna yang mengganggu ketenteraman perpustakaan.
  • Pengguna dikehendaki meninggalkan perpustakaan 15 minit sebelum masa perkhidmatan ditutup bagi membolehkan kakitangan perpustakaan mengemas, menyimpan kembali bahan-bahan yang telah digunakan.