KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

BILIK BELAJAR/PERBINCANGAN

Pengguna perpustakaan yang berdaftar boleh menggunakan 2 bilik perbincangan yang terdapat di perpustakaan . Ianya perlu di tempah di kaunter perkhidmatan. 3 hingga 5 orang boleh berada dalam satu kumpulan.

 

BILIK PERSIDANGAN MINI

Penggunaan bilik ini adalah terhad kepada staf perpustakaan dan kakitangan Jabatan Muzium Muzuim Brunei sahaja. Penggunaan bilik ini tertakluk pada waktu perkhidmatan perpustakaan.

Pengguna hendaklah memaklumkan tempahan/ pembatalan tempahan melalui mana-mana saluran seperti surat atau panggilan telefon.

Pengguna hendaklah memastikan perkara berikut dipatuhi sebelum meninggalkan bilik yang digunakan:
a. Mematikan suis lampu dan alat pendingin hawa
b. Menyusun semula perabot dan kelengkapan lain
c. Memulangkan semula kunci dan peralatan yang dipinjam di Kaunter peminjaman.

 

 

KAREL INDIVIDU

Terdapat 6 karel ditempatkan dalam ruang perpustakaan untuk kegunaan penguna Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.

 

RUANG BACAAN RINGAN

Ianya terdapat di Bahagian belakang perpustakaan dan kawasan nya terhad dalam kawasan Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.

 

Nota: Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan Seksyen Perkhidmatan Pelanggan boleh menggunakan budi bicaranya untuk meminda dan mengubahsuai peraturan-peraturan penggunaan dan tempahan kemudahan perpustakaan ini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan organisasi dan pelanggan.