KOLEKSI JABATAN MUZIUM-MUZIUM BRUNEI

KOLEKSI PERPUSTAKAAN SERTA PEMINJAMAN

 

Koleksi Am

  • Menempatkan buku-buku akses terbuka dalam pelbagai bidang.
  • Buku-buku dalam koleksi ini boleh dipinjam mengikut kategori pelanggan dan syarat yang ditetapkan olih perpustakaan.
  • 70 % koleksi am ini terdiri bahan bahan kemuziuman sejajar dengan ciri perpustakaan ini sebagai perpustakaan khusus.

 

Koleksi Jabatan Muzium Muzium

  • Koleksi Seminar adalah koleksi terhad dan untuk rujukan sahaja.
  • Koleksi ini menempatkan bahan terbitan luar negara (tertentu), terbitan Bangsa-Bangsa Bersatu dan terbitan United Nations dan badan di bawah naungannya, terbitan OECD (Organization for Economic Cooperation and Development), terbitan sulit lapuran kemajuan Negara Brunei Darussalam ataupun projek projek jabatan yang pernah di racangkan atau di lapurkan.
  • Bahan-bahan di koleksi ini terbahagi kepada laporan pentadbiran, penerbitan perangkaan seperti banci penduduk, laporan suruhanjaya dan jawatankuasa, laporan penyelidikan, dasar kerajaan, pelan tindakan, buletin atau undang undang.

 

Koleksi Jurnal

  • Koleksi ini menempatkan jurnal-jurnal terkini dan kebelakangan dalam pelbagai bidang/perkara. Terdapat lebih daripada 120,000 naskhah jurnal atau hamper
  • 253 judul jurnal berada di koleksi ini, termasuk kira-kira 70 judul jurnal terkini yang masih dilanggan. Koleksi jurnal terdiri daripada beberapa koleksi kecil iaitu seperti berikut:

 

Jurnal Popular

  • Menempatkan jurnal-jurnal terkini dan kebelakangan yang kerap dirujuk pelanggan. Pelanggan hanya dibenarkan membuat rujukan dijurnal popular di dalam koleksi berkenaan sahaja.

 

Jurnal Kini

  • Merupakan jurnal terbitan tahun semasa bagi belum dijilid dan ditempatkan di kawasan rak Jurnal Kini.

 

Jurnal Kebelakangan

  • Merupakan jurnal keluaran terdahulu yang telah dijilid dan ditempatkan di kawasan rak Jurnal Kebelakangan.

 

Jurnal Kompaktus

  • Menempatkan jurnal-jurnal kebelakangan yang berbahasa asing selain daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Ia turut menempatkan jurnal-jurnal kebelakangan yang bersaiz terlalu besar dan juga jurnal jurnal kebelakangan yang terlalu kurang dirujuk oleh pelanggan.

 

Jurnal Simpan

  • Menempatkan jurnal-jurnal hadiah dan juga jurnal-jurnal kebelakangan daripada lima (5) serta langganan jurnal-jurnal tersebut telah ditamatkan. Pelanggan perlu merujuk kepada Kaunter Perkhidmatan Jurnal untuk mendapatkan jurnal tersebut.

 

 

Akhbar Harian

  • Koleksi Jurnal turut menyediakan kemudahan akhbar harian. Judul akhbar harian yang diterima oleh perpustakaan ialah Borneo Bulletin., Brunei Times., Media Permata., Pelita Brunei

 

Koleksi Media

  • Koleksi ini menempatkan bahan media terdiri daripada bahan mikro dan pandang dengar dalam pelbagai bidang perkara. Ini termasuklah bahan berbentuk CD, dan ia merupakan koleksi akses tertutup.

 

Koleksi Nadir

Nadir Umum Termasuk dalam kategori nadir umum adalah salah satu atau kesemua yang berikut:-

  • Bahan terbitan sebelum tahun 1950 dan / atau yang sukar diperolehi ataupun sudah habis cetakan dan tidak lagi didapati dipasaran.
  • Bahan terbitan lama yang amat bernilai dari segi isi kandungan di mana tidak lagi wujud dalam pasaran buku dan jika ada, ia dijual dengan harga yang mahal.

 

Koleksi Pengarah Muzium

  • Koleksi Pengarah Muzium adalah koleksi terhad dan untuk rujukan sahaja.
  • Koleksi ini menempatkan bahan bahan yang diserahkan oleh Mantan Pengarah Muzium untuk disimpan dalam koleksi perpustakaan untuk dijadikan rujukan. Jumlah besar bahan bahan ini terdiri dari projek projek jabatan yang pernah di racangkan atau di lapurkan serta bahan bahan yang diserahkan dalam bentuk cenderahati semasa menjawat jawatan sebagai Pengarah Jabatan Muzium Muzium Brunei.

 

Koleksi Terhad

Koleksi Terhad merupakan buku-buku yang mengandungi illustrasi atau kandungan yang tidak sesuai diletakkan di koleksi terbuka.

  • Bahan ini ditempatkan di ruangan Koleksi Khas.

 

Koleksi  Tesis/Laporan projek

  • Koleksi tesis/laporan projek ditempatkan di ruangan koleksi terhad.
  • Tesis/laporan projek hanya boleh dipinjam dan dirujuk di dalam ruangan Khas dalam tempoh 2 jam bagi 1 naskah sahaja.
  • Bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari perpustakaan atau dari ruangan Koleksi Khas.
  • Tidak dibenarkan merakam bahan bahan tersebut walaupun mengunakan dengan kamera handpone.
  • Bahan-bahan ini tidak dibenarkan untuk tujuan salinan foto kecuali atas kebenaran penanggungjawab pengarang atau mana-mana pihak yang berkenaan.

 

Koleksi Rujukan

  • Bahan-bahan dari koleksi rujukan tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan kecuali atas budi bicara Pegawai Perpustakaan dan Pegawai Seksyen Perkhidmatan Pelanggan.
  • Peminjam yang layak (seperti jadual di atas) perlu melalui proses pinjaman melalui sistem perpustakaan bercatit.
  • Peminjam bertanggungjawab di atas bahan yang telah dipinjam. Jika terdapat sebarang kehilangan bahan yang dipinjam, pihak Perpustakaan berhak menuntut ganti rugi bahan tersebut sama ada menggantikan bahan yang hilang atau membayar 2 kali ganda daripada harga bahan berserta bayaran perkhidmatan (Rujuk Polisi Bahan Terbitan Bersiri)

 

Koleksi Seminar

  • Koleksi Seminar adalah koleksi terhad dan untuk rujukan sahaja.
  • Ia terdiri daripada semua bentuk terbitan atau kompilasi kertas kertas persidangan, bengkel, serta latihan serta lapuran yang pernah di hadiri olih kakitangan Jabatan Muzium Muzium Brunei dalam serta luar negeri yang diserahkan kepada Perpustakaan untuk di simpan serta di kawal.

 

Koleksi Winston Churchill

  • Koleksi Winston Churchill adalah koleksi terhad dan untuk rujukan sahaja.
  • Ia terdiri daripada semua bentuk terbitan yang dihasilkan oleh Sir Winston Churchill atau mengenai beliau yang disimpan di Bahagian ini untuk dipelihara.