PERATURAN PERPUSTAKAAN

 

Peraturan Am Keahlian Perpustakaan

  • Untuk kakitangan Jabatan  Muzium Brunei sahaja.
  • Pengguna akan diminta mengisi Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan semasa mendaftar dan menyerahkan kepada pihak perpustakaan untuk tujuan sokongan rekod keahlian.
  • Bagi bukan ahli perpustakaan seperti Pegawai, Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu mendapatkan surat sokongan dari ketua jabatan masing masing bagi membolehkan mereka menggunakan perpustakaan JMM ini. Surat ini perlu disertakan sebelum dapat menggunakan perpustakaan. Kebenaran bolih didapati di kaunter utama perpustakaan.
  • Pengguna akan diminta mengisi Borang Permohonan Keahlian Perpustakaan semasa mendaftar dan menyerahkan kepada pihak perpustakaan untuk tujuan sokongan rekod keahlian.
  • Bagi bukan ahli perpustakaan seperti Pegawai, Pegawai Pengurusan dan Profesional perlu mendapatkan surat sokongan dari ketua jabatan masing masing bagi membolehkan mereka menggunakan perpustakaan JMM ini. Surat ini perlu disertakan sebelum dapat menggunakan perpustakaan. Kebenaran bolih didapati di kaunter utama perpustakaan.

Peraturan Am perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan

  • Hanya ahli berdaftar sahaja diberikan kemudahan pinjaman. Ahli perpustakaan hendaklah menunjukkan kad ahli ketika membuat pinjaman bahan perpustakaan.
  • Pinjaman bahan monograf dari koleksi terbuka (umum) boleh dibuat di kaunter utama. Bagi bahan koleksi khas pinjaman keluar dari perpustakaan tidak dibenarkan kecuali atas kebenaran secara bertulis.
  • Ahli perpustakaan yang berdaftar melalui system E-Library juga boleh membuat pinjaman mesin layar sendiri yang diletakkan didalam kawasan perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.

 

Peraturan Am Pemulangan Bahan Perpustakaan

  • Bahan yang dipinjam mesti dipulangkan pada atau sebelum tarikh pemulangan yang telah ditetapkan.
  • Pihak perpustakaan mempunyai hak untuk memanggil balik (recall item) bahan yang dipinjam dari pelanggan jika memerlukan bahan tersebut.
  • Pengguna hendaklah memastikan bahawa rekod bagi buku yang dipulangkan telah di batalkan sebelum meninggalkan kaunter Pemulangan.

 

 

Peraturan Pengunaan Internet

  • Garis panduan dan dasar penggunaan internet adalah untuk menertapkan hak-hak ahli untuk mengakses maklumat melalui internet.
  • Semua pengguna Perpustakaan mestilah mematuhi dasar, peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.
  • Perkhidmatan ini hanya boleh dibuka kepada ahli Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei sahaja.
  • Pengguna berdaftar atau tidak berdaftar dikehendaki mendaftar nama mereka di Meja UTAMA Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei sebelum LAYARI.
  • Penggunaan adalah terhad kepada 45 minit pada satu masa.
  • Perkhidmatan Internet disediakan sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan Rujukan Perpustakaan dan penggunaannya adalah terhad kepada mencari maklumat – untuk tujuan Penyelidikan SAHAJA.
  • Pengguna TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk E-mel, Berbual (CHATTING)  kasar, tidak senonoh atau mesej fitnah di Internet atau mengakses laman web yang tidak diperlukan, contohnya (termasuk E-ucapan.): Pornografi, dan lain-lain
  • Salah penggunaan atas tujuan politik atau peribadi tidak dibenarkan serta ditegah sama sekali  contohnya:

 

* Pengguna TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan perkhidmatan ini untuk E-mel, Berbual, Memancar, kasar, tidak senonoh atau mesej fitnah di Internet atau mengakses laman web yang tidak diperlukan, contohnya (termasuk E-ucapan.): Pornografi, dan lain-lain

 

  • Tidak dibenarakan pengubahan atau menambah apa apa Terminal komputer yang disediakan oleh Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.

 

Contohnya: Bookmarking dibenarkan; untuk  tujuan muatan turun permainan ke pc (games Download ; muatan drama atas talian (drama download)

 

  • Terminal / Stesen disediakan untuk mengakses INTERNET, CD-ROM, dan OPAC (Sirsi Dynix) SAHAJA.
  • Tidak dibenarkan menukar frame utama pada skrin komputer yang disediakan oleh Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei.
  • DITEGAH mengenalkan apa pun bentuk perisian lain yang berniat jahat yang boleh mengganggu enjin internet normal.
  • Mana-mana pengguna  menyalahgunakan Perkhidmatan ini, akan diminta untuk meninggalkan serta-merta dan tindakan tatatertib boleh diambil terhadap mereka.

 

Peraturan Am Tempahan Bahan Perpustakaan

  • Pelanggan hanya boleh membuat tempahan bagi bahan yang sedang dipinjam oleh pelanggan lain dan berstatus circulated di dalam sistem perpustakaan.
  • Pihak perpustakaan akan menyimpan bahan yang ditempah di kaunter utama 7 hari selepas bahan tersebut dipulangkan.
  • Tempahan hanya dibenarkan sekiranya semua naskah bagi bahan yang diminta tidak dipinjam.
  • Tempahan boleh juga dibuat melalui atas talian.

 

 

Peraturan Am Perkhidmatan Penggunaan/Tempahan Kemudahan Perpustakaan

Ruang Bacaan Terbuka

  • Pengguna dilarang membuat bising atau berbincang di ruang bacaan terbuka.
  • Pengguna hendaklah menjaga perlakuan dan membaca dengan senyap supaya tidak mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna digalakkan meletakkan buku yang telah dirujuk di atas troli yang telah disediakan.
  • Pengguna diminta meninggalkan ruang bacaan dalam keadaan kemas selepas digunakan.
  • Ruang bacaan terbuka boleh digunakan pada waktu pejabat sahaja iaitu dari jam 8 pagi – 4.30 petang.
  • Pengguna hendaklah menjaga perlakuan dan tidak berbincang terlalu bising sehingga mengganggu pengguna lain.
  • Pengguna tidak dibenarkan tidur, makan dan minum di kawasan ruang bacaan.
  • Pengguna dilarang membawa masuk perabot dari kawasan ruang bacaan dan diminta meninggalkan ruang bacaan dalam keadaan kemas.

 

PERATURAN AM

Syarat-Syarat Di Perpustakaan

 

  • Kakitangan perpustakaan dibenarkan memeriksa beg yang dibawa masuk dan keluar oleh pelanggan perpustakaan terutamanya ketika “gate” keselamatan berbunyi.

 

  • Penggunaan Perpustakaan hanya terhad kepada pengguna yang berdaftar atau pelawat yang telah mendapat kelulusan khusus sahaja. Syarat ini juga terpakai bagi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. 

 

  • Pengguna hendaklah sentiasa mempamerkan kad kakitangan/kad pelawat semasa berada di Perpustakaan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan pengguna di larang menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

 

  • Pengguna hendaklah mematuhi kod etika pemakaian Perpustakaan JMM dan berpakaian sopan dan kemas semasa berada di Perpustakaan.

 

  • Buku-buku yang telah dipinjam dan dibawa masuk ke perpustakaan hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan bertugas.

 

  • Mengguna telefon bimbit

 

  • Pengguna Perpustakaan tidak dibenarkan membuat bising. Telefon bimbit

hendaklah diletakkan dalam “mode” bergetar (vibrate) atau senyap (silent)

sepanjang pelanggan berada di dalam Perpustakaan.
 

  • Pengguna tidak dibenarkan merokok, makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang boleh menjejaskan suasana di Perpustakaan.
     
  • Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barang peribadi.
     
  • Pelanggan tidak dibenarkan membawa masuk haiwan peliharaan ke dalam Perpustakaan.
     
  • Menempah tempat duduk tidak dibenarkan. Buku dan alat-alat lain yang ditinggalkan di atas kerusi dan meja dalam jangka waktu yang panjang akan dipungut oleh Pegawai Perpustakaan.
     
  • Melakukan kerosakan terhadap harta benda Perpustakaan adalah satu kesalahan termasuk menconteng, memotong, merosak atau memusnahkan bahan-bahan Perpustakaan.

 

  • Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bahan-bahan yang dipinjam. Membuat pinjaman dengan menggunakan kad kakitangan

 

  • Pelanggan lain adalah satu kesalahan.
     
  • Perpustakaan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan harta benda orang perseorangan.

 

  • Proses mencetak, fotokopi dan penggunaan komputer perlulah mendapat kelulusan kakitangan bertugas di kaunter perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei terlebih dahulu.

 

  • Segala kertas dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah yang disediakan.
     
  • Kakitangan Perpustakaan berhak mengarahkan pelanggan meninggalkan Perpustakaan jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan atau mengganggu ketenteraman Perpustakaan.
     
  • Pihak Perpustakaan berhak menghalang pelanggan dari menggunakan kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan sekiranya melanggar Peraturan Perpustakaan.

 

  • Pihak Perpustakaan berhak meminda atau menambah sebarang peraturan dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

 

Nota: Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan Seksyen Perkhidmatan Pelanggan boleh menggunakan budi bicaranya untuk meminda dan mengubahsuai peraturan-peraturan penggunaan dan tempahan kemudahan perpustakaan ini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan organisasi dan pelanggan.