PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN
Selain daripada menjadi tempat rujukan dan mencari maklumat, Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei juga menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Rujukan
· Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna
· Pencarian Maklumat
· Rujukan Penyelidikan
· Pertanyaan Melalui Telefon & e-Mel
KEMUDAHAN
· BILIK BELAJAR/PERBINCANGAN
· BILIK PERSIDANGAN MINI
· KAREL INDIVIDU
· RUANG BACAAN RINGAN
Maklumat bahan/ buku boleh dicari menggunakan terminal OPAC yang disediakan di dalam perpustakaan atau dimana kemudahan internet disediakan untuk mendapat maklumat bahan bahan yang terdapat di koleksi Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei atau mana mana perpustakaan di bawah rangkaian E-library, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sebuah mesin layan diri di tempatkan di kawasan perpustakaan utama. Pengguna boleh meminjam buku dengan mengimbas kad matrik mereka. Resit yang memaparkan tarikh tamat tempoh pinjaman akan di keluarkan dan para pengguna harus menyimpan resit tersebut untuk rujukan mereka.
Pelanggan boleh memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (book drop) yang disediakan diruang lobi perpustakaan. Perkhidmatan kotak pemulangan buku hanya terdapat di Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei atau atau mana mana perpustakaan di bawah rangkaian E-library, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nota: Ketua Pustakawan, Timbalan Ketua Pustakawan dan Pustakawan Seksyen Perkhidmatan Pelanggan boleh menggunakan budi bicaranya untuk meminda dan mengubahsuai peraturan-peraturan penggunaan dan tempahan kemudahan perpustakaan ini dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan organisasi dan pelanggan.