SOALAN LAZIM

  1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?
  2. Bagaimanakah untuk menjadi ahli perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?
  3. Berapakah jumlah buku atau bahan yang bolih saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?
  4. Adakah koleksi Perpustakaan Jabatan Muzium-Muzium Brunei bolih dipinjam dan apakah syarat-syaratnya?
  5. Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di Jabatan Muzium-Muzium Brunei, bolihkah ianya dipulangkan di perpustakaan dibawah rangkaian e-perpustakaan Brunei.
  6. Bolihkah mencari maklumat bahan/ buku di Jabatan Muzium-Muzium Brunei melalui internet?
  7. Adakah buku yang saya pinjam bolih dipulangkan ketika perpustakaan tutup?
  8. Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan sejarah tempatan dan peta tentang daerah-daerah yang terdapat di negeri Negara Brunei Darussalam?
  9. Siapakah bolih saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan perpustakaan?
  10. Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?
  11. Adakah Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk  mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?
  1. Bilakah waktu perkhidmatan perpustakaan?

Waktu Perkhidmatan Perpustakan Jabatan Muzium Muzium Brunei

HARI  MASA
Isnin – Khamis & Sabtu  8.00 am

1.45 pm

12.00 pm

4.30 pm

* Bulan Ramadan  8.00 am 2.00 pm
Jumaat, Ahad &

Hari –Hari Kelepasan Awam

 Tutup

Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.
Waktu Perkhidmatan Perpustakaan adalah tertakluk kepada pindaan.

  1. Bagaimana untuk menjadi ahli perpustakaan, adakah bayaran dikenakan dan apakah syarat-syaratnya?

Pendaftaran sebagai ahli perpustakaan Jabatan Muzium Muzium adalah PERCUMA dan terbuka kepada kakitangan perpustakaan Jabatan Muzium Muzium. Kakitangan perpustakaan Jabatan Muzium Muzium bolih membuat permohonan keahlian dengan mengisi borang pendaftaran keahlian di Kaunter Pendaftaran Keahlian atau secara online. Syarat-syarat untuk menjadi ahli perpustakaan bolih dirujuk pada borang pendaftaran dan Laman Web kakitangan perpustakaan Jabatan Muzium Muzium.

  1. Berapakah jumlah buku atau bahan yang bolih saya pinjam dan bagaimana untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan-bahan tersebut?

Jumlah pinjaman bahan adalah 5 NASKAH buku selama SEBULAN dan 5 naskah jurnal selama 2 MINGGU. Perlanjutan tempoh pinjaman bolih dilakukan di kaunter pinjaman atau menerusi panggilan telefon ketalian 673-238167 sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.

Pembaharuan tidak dibenarkan sekiranya bahan yang dipinjam telah ditempah oleh pelanggan lain.

  1. Adakah koleksi APD (Alat pandang dengar) bolih dipinjam dan apakah syarat-syaratnya?

Pelanggan bolih meminjam bahan-bahan APD (CD, VCD, DVD) dengan syarat hendaklah berdaftar menjadi Ahli Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium dahulu sebelum dibenarkan meminjam 3 unit bahan selama 2 minggu.

  1. Jika sebuah buku atau bahan telah dipinjam di Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei, bolihkah ianya dipulangkan di perpustakaan cawangan atau perpustakaan lain yang dikendalikan oleh e-perpustakaan Brunei?

Tidak. Buat masa sekarang semua buku/ bahan mesti dipulangkan di perpustakaan dimana buku/ bahan tersebut dipinjam sahaja.

  1. Bolehkah mencari maklumat bahan/ buku di Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei melalui internet?

Maklumat bahan/ buku boleh dicari menggunakan terminal Sirsidynix yang disediakan di dalam perpustakaan atau melalui internet.

Cara-cara menggunakan Sirsidynix :

*Pencarian juga bolih dibuat menggunakan ISBN/Series Title/Author/Subject dengan menukar pilihan Options.

  1. Apakah perkhidmatan tambahan yang terdapat di Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei?

Terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan di di antaranya ialah :

  • Perkhidmatan Rujukan
  • Koleksi tempatan dan koleksi digital
  • Pinjaman dan Pemulangan
  • Perkhidmatan salinan Fotokopi
  1. Adakah buku yang saya pinjam bolih dipulangkan ketika perpustakaan tutup?

Pelanggan bolih memulangkan buku diluar waktu perpustakaan melalui kotak pemulangan buku (book drop) yang disediakan diruang lobi perpustakaan. Perkhidmatan kotak pemulangan buku hanya terdapat di Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei sahaja buat masa ini.

  1. Bagaimanakah hendak mendapatkan maklumat tentang bahan-bahan sejarah tempatan dan peta tentang daerah-daerah yang terdapat di Negera Brunei Darussalam?

Pelanggan boleh layari portal ini atau terus ke Perpustakaan Jabatan Muzium-Muzium Brunei

  1. Siapakah bolih saya hubungi jika menghadapi masalah tentang perkhidmatan perpustakaan?

Anda bolih merujuk kepada pegawai yang bertugas di kaunter informasi (CIS). Pertanyaan melalui telefon juga bolih dilakukan ke kaunter-kaunter berikut :

  • Kaunter Informasi (CIS) 673-2381672 sambungan 161
  • Kaunter Pendaftaran 673-2381672 sambungan 162
  • Kaunter Bahagian Rujukan 673-2381672 sambungan 133
  • Kaunter pinjam/pulang* (CIS) 673-2381672 sambungan 166

*Bagi bahan perpustakaan yang dipinjam dari Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei sahaja. Bahan perpustakaan yang diperolehi dari mana-mana perpustakaan daerah atau cawangan, dibawah e-perpustakaan Brunei,pelanggan perlulah menghubungi kembali perpustakaan berkenaan untuk tindakan lanjut.

  1. Saya ingin mendapatkan maklumat melalui internet. Adakah kemudahan ini disediakan diperpustakaan?

Perpustakaan cuma menyediakan kemudahan ruangan Multimedia untuk kakitangan Jabatan Muzium Muzium Brunei sahaja.

  1. Adakah menyediakan kemudahan dewan atau bilik untuk mengadakan seminar, bengkel, kursus dan lain-lain aktiviti?

Perpustakaan Jabatan Muzium Muzium Brunei tidak ada menyediakan kemudahan tersebut.