PERATURAN PERPUSTAKAAN

  • Pengguna perpustakaan hendaklah berpakaian kemas (menutup aurat) dan bersopan santun ketika berada dalam bilik perpustakaan.

 

  • Pengguna perpustakaan dilarang menganggu ketenteraman pengguna lain atau kakitangan perpustakaan. Amalan terpuji ketika berada di perpustakaan hendaklah dipatuhi.

 

  • Tidak dibenarkan memindahkan bahan-bahan perpustakaan dari satu rak ke satu rak yang lain atau dari satu koleksi ke koleksi yang lain tanpa kebenaran.

 

  • Adalah menjadi satu kesalahan untuk merosakkan atau memusnahkan sebarang harta benda kepunyaan perpustakaan.

 

  • Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan tidur atau baring di atas kerusi, meja atau lantai perpustakaan.

 

  • Pengguna perpustakaan tidak dibenarkan makan, minum dan merokok dalam bilik perpustakaan.

 

  • Pihak perpustakaan mempunyai kuasa melarang dan meminta pengguna yang menimbulkan gangguan yang serius untuk meninggalkan perpustakaan.