PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
- Pegawai dan kakitangan KHEU yang berhasrat meminjam buku-buku bolehlah mendaftar menjadi ahli dengan mengisikan borang keahlian dengan lengkap dan menyerahkannya kepada ke kaunter perpustakaan bagi penyediaan kad ahli perpustakaan.
- Buku-buku yang hendak dipinjam hendaklah terlebih dahulu diserahkan kepada kakitangan perpustakaan yang bertugas di kaunter perpustakaan untuk dibubuh tarikh pemulangan.
- Bagi peminjaman majalah newsletter dan jurnal pula, ahli hanya perlu menyerahkannya kepada pegawai yang bertugas untuk dicatat dalam buku peminjaman majalah, newsletter dan jurnal.
- Sila semak sebelum buku, majalah, newsletter dan jurnal yang dipinjam bagi mengelakkan dari dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerosakkan.
- Jumlah buku yang boleh dipinjam dalam satu masa adalah mengikut jumlah kad ahli yang diperuntukkan. Manakala majalah pula hanya dibolehkan 4 buah dalam satu masa.
- Tempoh masa peminjaman bagi buku-buku hanyalah dibenarkan selama 2 minggu sahaja. Jika perlu tempoh peminjaman bolehlah disambung. Bagi peminjaman majalah, newsletter dan jurnal hanya dibenarkan 1 minggu sahaja.
- Setiap buku-buku, majalah, newsletter dan jurnal yang dipinjam hendaklah dikembalikan ke kaunter perpustakaan tidak lewat dari tarikh yang telah ditetapkan.
- Bagi ahli yang tidak memulangkan buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal yang dipinjam pada tarikh yang telah ditetapkan, ahli akan dihubungi samada melalui telefon atau secara surat pemberitahuan bagi tuntutan pemulangan.
- Peminjam mestilah menjaga buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal daripada sebarang kerosakkan semasa tempoh peminjaman.
- Bagi setiap buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal yang dipinjam hilang atau rosak, peminjam dikehendaki menggantikannya dengan buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal yang sama, dan dipersetujui oleh pihak perpustakaan.
- Jika gagal mengganti buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal tersebut peminjam dikehendaki membayar dua kali ganda harga asal buku-buku atau majalah, newsletter dan jurnal yang rosak atau hilang semasa dalam simpanan mereka.
- Perkhidmatan ini hanya terhad kepada pegawai-pegawai dan kakitangan KHEU sahaja, tetapi pertimbangan akan diberikan kepada pengguna-pengguna atau penyelidik-penyelidik lain dengan syarat mendapat kebenaran.