SEJARAH

Perpustakaan Kementerian Hal Ehwal Ugama ditubuhkan seiring dengan penaiktarafan Jabatan Hal Ehwal Ugama kepada Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun 1986 dan berkekalan sehingga terbangunnya bangunan baru Kementerian Hal Ehwal Ugama di Jalan Menteri Besar pada tahun 1998. Ketika ini Perpustakaan Kementerian Hal Ehwal Ugama diletakkan di bawah Pentadbiran Bahagian Kemajuan Syiar Islam, berperanan sebagai pusat sumber maklumat rujukan, meningkatkan pengetahuan dan pengembangan informasi semasa dan terkini kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Walaubagaimanapun sebagai langkah kea rah mencapai Misi Perpustakaan, maka perpustakaanini juga dibukakan kepada orang awam khusus untuk rujukan maklumat sahaja.