Misi
Meningkatkan kompetensi, kualiti kepakaran serta mengemaskini senarai koleksi bahan Undang-Undang.
Objektif
- Tugas utama perpustakaan adalah untuk menjaga dan mengemaskini buku akta perundangan Negara Brunei Darussalam dengan pindaan terkini untuk bahan rujukan.
- Menjadi sumber maklumat yang sah dan penting di dalam dan luar Pejabat Peguam Negara.
- Bekerjasama serta berhubung rapat dengan Jabatan Percetakan Kerajaan dalam proses penerbitan Warta Kerajaan.
- Menyediakan perkhidmatan maklumat terkini dalam penyelidikan yang berkualiti, rujukan yang cekap dan berkesan.