KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan

Perpustakaan ini memberikan perkhidmatan peminjaman dan kemudahan rujukan hanya kepada warga Pusat Da’wah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama sahaja. Walau bagaimanapun penyelidik-penyelidik luar  adalah dialu-alukan untuk membuat rujukan di perpustakaan ini.

Selain daripada itu, perpustakaan ini akan menjawab sebarang pertanyaan rujukan sama ada yang diterima melalui telefon atau seumpamanya.  Pegawai yang bertugas di meja kaunter akan membantu pengguna-pengguna mencari atau menggunakan bahan yang terdapat di perpustakaan ini.

Perkhidmatan teknikal di perpustakaan ini termasuklah perolehan, pengkatalogan dan pengkelasan. Koleksi perpustakaan bermula dari perolehan, pengkatalogan, pengkelasan dan seterusnya peminjaman kepada pengguna.

Panduan Perkhidmatan Peminjaman dan Pemulangan

a. Hanya pegawai dan kakitangan Pusat Da’wah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dibenarkan untuk meminjam buku dan bahan-bahan bacaan lain.

b. Jumlah buku, bahan-bahan lain dan tempoh masa peminjam adalah mengikut kategori yang tertentu.

c. Jika jumlah peminjaman lebih daripada jumlah yang ditetapkan maka kebenaran hanya akan diberikan jika Ketua Unit Perpustakaan atau wakilnya berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Walau bagaimanapun, pegawai perpustakaan berhak untuk meminta semula buku-buku berkenaan pada bila-bila masa diperlukan. Permohonan untuk meminjam lebih dari tempoh yang ditetapkan hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang telah disediakan.

d. Lain-lain perpustakaan yang terdapat di negara ini juga dibenarkan untuk meminjam bahan-bahan di perpustakaan ini dengan mendapat kebenaran daripada Ketua Unit Perpustakaan terlebih dahulu.

Cara Peminjaman bahan di Perpustakaan

Proses peminjaman bahan di perpustakaan ini adalah dengan menggunakan mesin Self-Loan Station. Pengguna dikehendaki membawa kad ahli apabila melakukan transaksi peminjaman bahan perpustakaan. Pengguna dilarang menggunakan kad ahli orang lain ketika membuat peminjaman.

Peminjam dikehendaki memulangkan bahan sebelum atau pada tarikh yang di tetapkan.

Perkhidmatan Memperbaharui Pinjaman Atas Talian

Pengguna boleh memperbaharui pinjaman bagi judul buku yang tidak ditempah oleh pengguna dan tidak tamat tempoh peminjaman. Pembaharuan peminjam boleh dibuat sama ada melalui telefon ditalian 2383996 ext 139/141 atau datang terus ke kaunter Perkhidmatan dan Pertanyaan.

Perkhidmatan Tempahan Bahan Atas Talian

Pengguna boleh menggunakan kemudahan tempahan sekiranya bahan yang diperlukan sedang dipinjam oleh pengguna lain. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang OPAC dan melalui BookMyne apps. Panduan membuat tempahan dan tips pengguna boleh didapati di Information Desk. Bahan yang ditempah akan disimpan di Kaunter Sirkulasi selama sebulan, dan diberikan kepada penempah lain atau disimpan semula ke rak sekiranya tidak dituntut.

Pemulangan Bahan di Perpustakaan

Pengguna hendaklah memulangkan bahan yang dipinjam pada tarikh yang ditetapkan atau sebelumnya. Peringatan melalui surat akan diberikan kepada pengguna yang gagal untuk memulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan. Pengguna juga boleh menyemak maklumat tarikh pemulangan bahan melalui laman sesawang OPAC dan melalui BookMyne apps

Proses pemulangan bahan di perpustakaan adalah dengan menggunakan Book Drop. Perpustakaan telah menyediakan sebuah Book Drop machine bagi memudahkan pengguna mengembalikan bahan yang dipinjam yang terletak di tingkat bawah perpustakaan. Berikut merupakan langkah-langkah pemulangkan bahan melalui Book Drop Machine :-

  1. Scan buku ke Book Drop Machine
  2. Masukkan buku satu per satu
  3. Tutup

Pameran Perolehan Baharu

Buku-buku yang dipamerkan di ruangan Pameran Khas adalah buku perolehan terkini. Pengguna boleh meminjam buku yang dipamerkan melalui Kaunter Sirkulasi.