KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan ini khusus menyimpan buku-buku yang berkaitan dengan Islam (Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab). Selain daripada itu, terdapat juga bahan-bahan lain seperti jurnal, majalah, suratkhabar, newsletter. Perpustakaan ini juga menyediakan keratan akhbar  (Newspaper Cutting) dan kertas kerja. Semua koleksi ini disusun mengikut bahagiannya yang tertentu seperti berikut:

Koleksi Umum

Koleksi ini menyimpan buku-buku terbitan luar negeri yang berkaitan dengan Islam dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab dari pelbagai sumber.

Koleksi Terbitan Pusat Da’wah Islamiah

Koleksi ini meliputi bahan-bahan terbitan Pusat Da’wah Islamiah.

Koleksi Rujukan Brunei

Koleksi  ini mengandungi bahan-bahan terbitan Brunei yang berbentuk buku secara keseluruhannya dan sebahagian besarnya berhubungkait dengan Brunei yang mana bahasa, tempoh dan tempat penerbitannya tidak terhad.

Koleksi Rujukan

Koleksi ini mengumpul bahan-bahan seperti kamus, ensiklopedia dan istilah

Koleksi Tesis

Koleksi ini mengandungi tesis-tesis pegawai-pegawai di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama, mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai universiti dalam dan luar negara yang membuat kajian mengenai Islam. Koleksi ini hanya dapat digunakan di dalam perpustakaan sahaja dengan meminta bantuan daripada Pegawai Perpustakaan dan tidak dibenarkan untuk disalin foto.

Koleksi Terbitan bersiri

Koleksi ini mengandungi terbitan berkala mengenai bahan-bahan majalah, newsletter, jurnal, kertas kerja seminar, persidangan, rursus serta buku program dan sebagainya.

Koleksi Keratan Akhbar

Koleksi artikel-artikel yang berkaitan dengan ugama khususnya Ugama Islam dan hubungan dengan Pusat Da’wah Islamiah serta Kementerian Hal Ehwal Ugama  yang diambil dari suratkhabar tempatan dan luar negeri.

Koleksi Nadir

Koleksi ini mengandungi bahan-bahan lama (Terbitan pra 1950). Bahan-bahan adalah dalam bentuk buku.