MATLAMAT DAN FUNGSI

Matlamat perpustakaan ini adalah untuk menjadi sebuah perpustakaan Islam sebagai tempat rujukan bagi perkembangan Islam yang boleh memberi sumbangan khususnya kepada umat Islam di Negara Brunei Darussalam dan amnya kepada umat Islam yang lain.

FUNGSI

  • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada pengguna-pengguna di Perpustakaan Pusat Da’wah Islamiah.
  • Menyediakan maklumat Islam dengan cepat, tepat dan berkesan untuk kegunaan Perpustakaan Pusat Da’wah Islamiah.
  • Menyediakan laporan bahan-bahan yang ada di perpustakaan dari semasa ke semasa  yang bersesuaian untuk dijadikan koleksi perpustakaan.
  • Menyediakan bahan-bahan yang terkini dan sesuai untuk dijadikan buku-buku rujukan dan menyediakan bahan-bahan ‘Secondary’ sebagai tambahan supaya koleksi yang ada lebih lengkap