PERATURAN PERPUSTAKAAN

  • Hanya Pegawai dan kakitangan Pusat Da’wah Islamiah dan Kementerian Hal Ehwal Ugama dibenarkan untuk meminjam buku dan bahan-bahan bacaan lain.

  • Jumlah buku dan bahan-bahan lain dan tempoh masa meminjam adalah mengikut kategori pengguna.

  • Jika jumlah peminjaman lebih daripada yang ditetapkan, kebenaran hanya akan diberikan jika Ketua Unit Perpustakaan atau wakilnya berpuas hati dengan alasan yang diberikan adalah munasabah. ¬†Walau bagaimanapun, Pegawai Perpustakaan berhak untuk meminta balik buku-buku pada bila-bila masa diperlukan.

  • Perpustakaan lain dibenarkan untuk meminjam bahan-bahan di Perpustakaan ini dengan mendapat kebenaran dari Ketua Unit Perpustakaan terlebih dahulu.

  • Setiap bahan bacaan yang telah tamat tempoh peminjamannya, hendaklah diperbaharui dengan segera, apabila berhajat untuk memanjangkan lagi tempoh masa peminjaman, dengan memaklumkan kepada Pegawai Perpustakaan. Permohonan untuk membaharui selama tempoh lebih daripada 6 bulan berterusan hanya akandibenarkan jika bahan bacaan tersebut dipulangkan terlebih dahulu kepada PegawaiPerpustakaan untuk pemeriksaan dan catatan.

  • Pengguna Perpustakaan hendaklah berpakaian kemas dan bersopan santun ketika berada di dalam ¬†Perpustakaan.

  • Pengguna Perpustakaan dilarang menganggu ketenteraman pengguna lain atau Kakitangan Perpustakaan. Amalan bersenyap ketika berada di Perpustakaan hendaklah dipatuhi.

  • Tidak dibenarkan memindahkan bahan-bahan Perpustakaan dari satu rak ke satu rak yang lain atau dari satu koleksi ke koleksi yang lain tanpa kebenaran.

  • Adalah menjadi satu kesalahan jika didapati tidur atau baring di atas kerusi, mejaatau lantai perpustakaan.

  • Pihak Perpustakaan mempunyai kuasa untuk melarang dan meminta pengguna yang menimbulkan gangguan yang serius untuk meninggalkan perpustakaan.

  • Setiap buku-buku dan majalah yang dipinjam hendaklah dikembalikan di Kaunter Perpustakaan tidak lewat dari tarikh yang ditetapkan.

  • Peminjam mestilah menjaga bahan daripada sebarang kerosakan semasa tempoh peminjaman.

  • Bagi setiap bahan yang dipinjam, yang didapati rosak atau pun hilang, peminjam mestilah mengganti bahan tersebut dengan bahan yang sama yang telah dipersetujui oleh pihak Perpustakaan.

  • Jika gagal mengganti bahan tersebut, peminjam dikehendaki membayar dua kali ganda harga asal bahan yang rosak atau hilang semasa dalam simpanan mereka.

  • Setiap pengguna luar mestilah membawa/menunjukkan surat pengakuan memohon kebenaran merujuk dari Pensyarah/Ketua Jabatan/Swasta/Persendirian.

  • Setiap pengguna luar dikehendaki mengisi Borang Permohonan merujuk ke Perpustakaan yang telah disediakan.

  • Setiap pengguna yang telah membuat rujukan di Perpustakaan Pusat Da’wah Islamiah hendaklah menyerahkan satu salinan naskah hasil sesuatu penyelidikan/projek yang dibuat kepada Unit Perpustakaan.