• PUSAT SEJARAH BRUNEI

    PENGENALAN

    Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei ditubuhkan pada tahun 1982 bersama-sama tertubuhnya Pejabat Pusat Sejarah Brunei yang pengendaliannya disatukan dengan Bahagian Arkib Pusat Sejarah Brunei

    Pengendalian secara sistematik bermula pada tahun 1984. Penyusunan dan pengendalian yang lebih teratur telah dilaksanakan setelah berpindah ke bangunan baru pada Julai 1987 yang mana perpustakaan ini telah diletakkan di tingkat bawah dan berpisah dengan Bahagian Arkib Pusat Sejarah Brunei

    Pada awal tahun 2008, sekali lagi perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan yang baru (bangunan tambahan), di tingkat satu, seperti Perpustakaan Khusus (In-House Library) yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pegawai dan kakitangan membuat rujukan.

    Hanya pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei dan Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei (PPSB) sahaja dibenarkan menggunakan bilik perpustakaan dan meminjam buku di Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei

    Hubungi Kami

    Isnin - Khamis: 08:00 - 12:00 dan 14:00 - 16:00

    Sabtu: 09:00 - 12:00 dan 14:00 - 16:00

    Ditutup pada Ahad dan hari kelepasan awam

    (673) 2240166/67

    Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei
    Jalan Stoney,
    Bandar Seri Begawan BS8610,
    Negara Brunei Darussalam

    673 2241958

    geplant haben