KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN

  • Ruang bacaan bagi penyelidik
  • Ruang membaca surat khabar
  • Kemudahan ahli perpustakaan
  • Akses Internet
  • Kemudahan Fotokopi
  • Almari Berkunci

Ruang Bacaan

Ruang bacaan disediakan untuk menggalakkan pengguna terutamanya para penyelidik sejarah membaca dan melihat bahan perpustakaan yang diinginkan.

Ruang Membaca Surat Khabar

Ruang bacaan surat khabar ini disediakan untuk pengguna membaca surat khabar harian tempatan dan luar negeri.

Ahli Perpustakaan

Bermula pada 25 Februari 2102, Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei telah memperkenalkan ‘Kad Ahli Perpustakaan’ untuk memberikan kemudahan kepada orang ramai menjadi ahli perpustakaan supaya lebih mudah membuat rujukan tanpa membuat kebenaran bertulis daripada Pusat Sejarah Brunei.

Akses Internet

Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei menyediakan perkhidmatan akses internet yang terletak di satu sudut berdekatan dengan ruang bacaan.

Kemudahan Fotokopi

Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei menyediakan perkhidmatan fotokopi berbayar dengan harga 10 sen bagi sekeping kertas bersaiz A4 dan harga 20 sen bagi sekeping kertas bersaiz A3. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan bantuan kakitangan yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat.

Almari Berkunci

Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei menyediakan Almari Berkunci untuk pengguna luar jabatan untuk menyimpan barang-barang yang ditegah masuk ke dalam perpustakaan seperti beg dan  sebagainya. Perkhidmatan ini boleh didapati dengan bantuan kakitangan yang bertugas di Kaunter Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat.