KOLEKSI PERPUSTAKAAN PUSAT SEJARAH BRUNEI

 rujukan brunei  rujukan umum asia tenggara
 Rujukan Brunei  Rujukan Umum  Asia Tenggara
 IMG-20151020-WA0022  nadir  terbitan berkala
 Koleksi Borneo  Koleksi Buku Nadir  Terbitan Berkala
 suratkhabar  keratan akhbar-sm  IMG-20151026-WA0021
 Surat Khabar  Fail-fail keratan Akhbar  Jurnal

Koleksi yang terdapat di Perpustakaan ini adalah seperti buku, terbitan berkala (majalah, jurnal, newsletter) dan suratkhabar yang disusun mengikut kategori berikut:

Rujukan Brunei

Rujukan ini merupakan koleksi bahan-bahan terbitan Brunei yang berbentuk buku, majalah, suratkhabar, surat berita, risalah, kertas kerja, laporan persidangan dan tesis yang keseluruhannya atau sebahagian besarnya berhubung kait dengan Brunei dan penduduknya yang tidak terhad tempoh, tempat penerbitan atau bahasa yang digunakan. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah RB (Rujukan Brunei).

Rujukan Umum

Koleksi buku-buku terbitan luar negeri seperti buku, kamus, ensiklopedia, buku manual dan atlas.Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah R (Rujukan).

Rujukan Asia Tenggara

Koleksi ini mengumpulkan bahan mengenai Asia Tenggara yang meliputi Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Myanmar, Thailand, Cambodia, Laos, Vietnam dan Filipina. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah AT (Asia Tenggara).

Koleksi Borneo

Koleksi ini mengumpulkan tajuk atau subjek yang berkaitan denganKepualuan Borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Kalimantan yang berbentuk buku dan jurnal. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah AT (B).

Koleksi Buku-Buku Nadir

Koleksi ini mengumpulkan buku-buku terbitan lama yang diterbitkan sebelum tahun 1950’an atau jarang didapati. Kebanyakan koleksi ini telah habis cetak dan bernilai tinggi. Koleksi yang tersimpan kebanyakannya berbentuk sejarah. Simbol yang digunakan untuk koleksi ini ialah tanda kuning.

Terbitan Berkala

Terbitan ini juga dikenali sebagai terbitan bersiri merupakan jurnal, majalah, suratkhabar, newsletter yang kebanyakannya diterbitkan oleh institusi-institusi kerajaan, syarikat swasta, persatuan dan pertubuhan dari dalam dan luar negeri.

Suratkhabar

Berbagai jenis surat khabar tempatan dan luar negeri dalam bahasa Melayu dan Inggeris terdapat di perpustakaan ini yang merupakan satu kemudahan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Fail-fail keratan akhbar

Koleksi keratan akhbar yang  di proses dan dikumpul dalam fail mengikut subjek untuk tujuan merujuk