PERATURAN PERPUSTAKAAN

PERATURAN

  • Setiap pengguna /Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei mestilah membawa dan menunjukkan kad keahlian kepada pegawai yang bertugas sebelum membuat rujukan dan penyelidikan
  • Setiap Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei dikehendaki mengisi borang permohonan yang telah disediakan untuk merujuk ke perpustakaan.
  • Setiap ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei yang telah membuat rujukan di perpustakaan Pusat Sejarah Brunei hendaklah meyerahkan satu naskhah salinan hasil sesuatu penyelidikan/projek yang telah selesai dibuat kepada pihak perpustakaan.
  • Sebarang kelewatan penyerahan salinan hasil penyelidikan tersebut, pihak Pusat Sejarah Brunei berhak menghubungi dan menuntutnya.
  • Selain daripada Pegawai dan Kakitangan Pusat Sejarah Brunei, para penyelidik atau Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei yang lain adalah tidak dibenarkan untuk meminjam buku. Hanya membuat rujukan di perpustakaan sahaja.

TATATERTIB

  • Pengguna/Ahli Perpustakaan Pusat Sejarah Brunei mestilah berpakaian kemas dan bersopan santun ketika berada dalam bilik perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan meulis, menggaris, melukis, melipat atau menanda pada mana-mana bahan yang digunakan sama ada semasa membuat penyelidikan, pengkajian dan sebagainya.
  • Pengguna dilarang berbuat bising yang boleh menggangu ketenteraman pengguna lain atau kakitangan perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan makan, minum atau merokok ketika berada di bilik perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan membawa masuk beg, kantung, bungkusan dan seumpamanya ke dalam bilik perpustakaan. Benda tersebut boleh disimpan di almari berkunci yang dikhaskan atas tanggungjawab sendiri.
  • Semua benda yang dibawa ke bilik perpustakaan seperti kertas catatan, buku nota, file dan seumpamanya hendaklah ditunjukkan kepada kakitangan yang bertugas sebelum meninggalkan bilik perpustakaan.
  • Bahan-bahan perpustakaan hendaklah digunakan dengan cermat dan sempurna. Keselamatan bahan adalah tanggungjawab pengguna.
  • Bahan perpustakaan tidak boleh dibawa keluar dari bilik perpustakaan.
  • Tidak dibenarkan memindah bahan-bahan perpustakaan dari satu rak ke satu rak yang lain atau dari satu koleksi yang lain tanpa kebenaran kakitangan perpustakaan.
  • Bahan rujukan hanya akan dikeluarkan oleh pegawai dan kakitangan bahagian perpustakaan sahaja.
  • Setiap bahan yang selesai digunakan hendaklah diserahkan kepada kakitangan yang bertugas di kaunter maklumat.
  • Bahan-bahan rujukan yang masih hendak digunakan pada hari berikutnya hendaklah dimaklumkan kepada kakitangan yang bertugas. Tidak dibenarkan meninggalkan bahan-bahan tersebut di atas meja rujukan.